Penaja Utama Blog Ini

Khamis, 26 Mei 2011

Lelaki Atau Perempuan Yang Pandai Masak




Salam rakan blogger sekelian


Cakap pasal masak jer kita mesti fikir kerja ni memang sesuai untuk orang perempuan.Korang pernah dengar daripada cerita mulut orang tua samada atuk atau nenek kita.


Dorang biasa cakap lebih kurang ''Minah kau belajar tingi-tinggi pun tak guna.Nanti ke dapur jugak kau ni''.Maknanya di sini orang perempuan walaupun mempunyai pelajaran yang tinggi akan pergi ke tempat asal mereka iaitu di dapur.


Tapi zaman dah berubah dan dunia dah maju.Kita lihat chef-chef yang terkenal tanah air kita seperti Chef Wan,Chef Ismail,Jaafar Onn & banyak lagi nama yang taka dapat disebut disini sekarang dah menjadi kaya raya hanya dalam bidang masakan.



Lihat saja di kedai-kedai makan semuanya golongan lelaki yang jadi tukang masak.Kedai mamak pastinya kaum adam.Tak pernah lagi kedai mamak yang besar-besar ni ada pekerja di kalangan wanita.


Kalau kedai-kedai biasa ni pun korang tengok lelaki muda-muda lak tu yang jadi tukang masak.Sudah pasti kebanyakkan kedai yang korang pergi tu pekerjanya di ambil daripada negara jiran.


Kalau tak percaya korang boleh tahu daripada percakapan ala-ala kecek kelate,muka x macam melayu,kulit dorang pun putih-putih gitu..hehehe


Akhir sekali aku nak beritahu sebab orang lelaki ramai jadi tukang masak di kedai-kedai kerana faktor ketangkasan dalam penyediaan makanan berbanding wanita.huhuhuhu


Korang pun tahu kalau 5 buah keluarga sekali oder.Tak menang tangan dibuatnya.
Kalau kasi perempuan yang masak lambat sikit jer la.


Orang perempuan jangan marah pulak dengan spekulasi yang aku buat ni.Lelaki ni cepat perasan apa yang aku cerita ni.Yang korang makan masakan emak korang daripada kecik sampai besar tu ape.Orang perempuan gak yang masak.Fikir-fikirkanlah!


So apa pun dalam kes ni tak ada kes sape yang paling pandai masak.


Tak ada kena mengena samada yang hidup mahupun yang mati.

LAYAN JER LA....HA...HA...HA...

9 ulasan:

  1. hehe laki kalau pandai masak memang mengalahkan perempuan.

    BalasPadam
  2. mungkin sebab lelaki lebih tangkas....:)

    BalasPadam
  3. laki kalo xpandai try masak mmg habis..dah rase lain...

    BalasPadam
  4. Memang betul..Rasa lain macam jer

    BalasPadam
  5. tp perempuan masak ade nikmat sbb mereka masak dgn penuh kasih sayang..

    BalasPadam
  6. n pengalaman aku kat arab saudi..suma kedai lelaki jer masak..sdp mengalahkan pompuan..

    BalasPadam
  7. Salam...betul3..kalo saya tnye kat mane2 pon,mesti orang akan jawab-lelaki..termasuklah parents sendiri..hu2..-p
    Sebab utama,lelaki buat kerja pantas..
    Rasa/kualiti makanan tu same jekot..
    Tapi kalo laki yang expert masak ni xcerewet ke..??he2..-p

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...