Penaja Utama Blog Ini

Khamis, 5 Mei 2011

‘Orang surau’ dibunuh kejam



BENTONG: Sepasang warga emas mati dibunuh secara kejam apabila suami ditemui berlumuran darah berhampiran tandas rumahnya dengan kesan tikaman di perut dan dada manakala isterinya terlentang di tepi katil dalam keadaan leher dikelar.


Mayat Mohammad Yusof@Abdul Rashid Samah, 71, dan Timah@Fatimah Pachu, 68, ditemui di rumah mereka di Kampung Gementi, di sini, kira-kira jam 1 pagi semalam oleh jiran yang kemudian membuat laporan polis. Terdahulu jiran terbabit terdengar jeritan dan pergelutan di rumah mangsa.


Ketika kejadian, hanya pasangan warga emas itu berada dalam rumah kerana empat anak mereka tinggal berasingan, termasuk di Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisisoner T Narenasegaran, berkata sejurus polis tiba di tempat kejadian, mayat kedua-dua mangsa ditemui berasingan di bilik tidur tingkat atas rumah dua tingkat milik mereka.



Menurutnya, polis percaya pembunuhan pasangan itu bukan bermotifkan samun kerana barangan berharga mangsa tidak dicuri
.






6 ulasan:

  1. kesian kat warga emas ni.. dibunuh dengan kejam.

    BalasPadam
  2. Memang banyak berlaku pembunuhan
    zaman sekarang ni :(

    BalasPadam
  3. kenapa perlu sampai berbunuhan?dunia skrg penuh ngan kekejaman

    BalasPadam
  4. takut sekarang ni.kat mana-mana pon tak selamat.

    BalasPadam
  5. Akhir zaman macam-macam perkara pelik berlaku

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...