Penaja Utama Blog Ini

Khamis, 25 Ogos 2011

Kamera digital boleh ubah lensa terkecil


KAMERA terbaru Sony model NEX-C3 merupakan kamera digital boleh ubah lensa paling kecil dan ringan di dunia yang berada dalam kelasnya tersendiri.
Ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna, kamera NEX-C3 tampil dengan rekaan bentuk badan yang lebih baru dan interaktif.
Ia juga menggabungkan sarung atas kamera dengan logam bersama reka bentuk cengkaman bergaris yang me mudahkan penggunaan.
Dengan mengurangkan saiz litar utama, pengurangan berat kamera itu sehingga 225 gram iaitu hampir enam peratus lebih ringan daripada NEX-3.

Kamera NEX-C3 mampu berfungsi lebih lasak untuk merakam lebih banyak imej yang menakjubkan dan video HD ketika mengecas bateri.
Meningkatkan efisiensi tenaga menggalakkan stamina bateri ke satu jumlah rakaman sebanyak 400 rakaman setiap caj iaitu 20 peratus lebih daripada NEX-5/NEX-3. Ia dijual dari harga RM2,199 hingga RM2,699.

Peluang rebut sejuta kerja kosong




PUTRAJAYA - Sebanyak 1,051,427 keperluan tenaga kerja telah disenaraikan oleh lapan kementerian dan agensi berkaitan untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebelum bakinya diisi pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).


Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim berkata, daripada statistik itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah keperluan paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan.
"Statistik itu diperoleh hasil maklum balas semua kementerian dan agensi berkaitan dalam Mesyuarat Taklimat Proses Pemutihan Program 6P yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN semalam (kelmarin)," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Selasa, 23 Ogos 2011

Era Presiden Muammar Gaddafi Berakhir


Foto


TRIPOLI: TRIPOLI: Ketua pemberontak Libya, Mustafa Abdel Jalil semalam mengisytiharkan berakhirnya ‘era Gaddafi’ yang memerintah negara itu selama 40 tahun selepas tentera pemberontak menguasai hampir keseluruhan bandar raya ini.


‘Era Gaddafi sudah berakhir,” katanya pada sidang akhbar di Benghazi, timur Libya, merujuk kepada pemimpin veteran Libya, Muammad Gaddafi.

Mustafa berkata, beliau berharap, Gaddafi yang menghadapi waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa akan ditangkap supaya beliau boleh dibicarakan secara adil.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Kesan DNA babi


TAK HALAL...sosej pulut dan kepingan ayam yang diimport dari Thailand.

KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.


Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.



“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.

Sabtu, 11 Jun 2011

Majlis Perkahwinan Utara-Selatan



Bertemu kembali dalam entri kali ini.Aku dah jarang-jarang update blog ni kerana perkara-perkara yang tak dapat dielakkan.Apa yang aku nak kongsikan hari ni ialah mengenai serba sedikit tentang perbezaan majlis perkahwinan di bahagian Utara-Selatan tanah air.


Almaklumlah sekarang ni tengah cuti sekolah.Memang banyak aku dapat jemputan perkahwinan.Ada lah dalam 6 jemputan.Larat tak larat jer nak pergi.Jom layan cerita aku ni.


Tempat asal aku adalah daripada Melaka.Sekarang aku bekerja di Perlis.Dulu Perlis dikenali sebagai jolokkan Perlis Indra Kayangan.Sekarang dah tukar kepada Perlis Darul Sunnah.


Sepanjang aku menetap di sini apa yang aku nampak dan perhatikan majlis perkahwinan di kawasan utara ni mudah & simple.Dari segi penyediaan lauk-pauknya dan penyediaan khemah untuk tetamu.


Kalau di Melaka lauk-pauknya mesti tak kurang daripada 5 jenis masakan.Berbanding di Perlis hanya 3-4 jenis lauk.Biasanya hanya 3 jenis saje.


Dari segi khemah dan penyediaan meja untuk duduk tetamu hanya menggunakan meja seperti yang korang biasa tengok dekat kedai-kedai makan.Sebelah Melaka biasanya guna meja panjang dan ada alas meja.


Kalau sebelah selatan mesti ada kompang kan.Kalau belah utara ni biasanya dorang tak guna kompang.Tapi main gendang silat & silat bunga pengantin jer.


Masa majlis perkahwinan ni korang jangan salah faham lak kalau tetamu lelaki kebanyakkannya memakai ketayap atau songkok.Aku kadang-kadang nyaris-nyaris gak tersilap.Aku ingat ada orang meninggal,tapi rupanya majlis perkahwinan da.hehehehe


Banyak lagi perbezaan dari segi adat yang tak dapat aku beritahu semua.


Apa-pun perbezaannya, majlis perkahwinan adalah majlis untuk menyatukan 2 hati menjadi satu.


Sape lum kawin dah dapat la gambaran serba sedikit majlis perkahwinan sebelah Utara-Selatan :D

Ahad, 5 Jun 2011

Imam muda Nabil


Assalamualikum rakan blogger sekelian

Sudah lama blog ni tak berudate.Faham-faham je lah nak berblog ni perlu komitmen yang tinggi.

Kadang-kadang dengan komitmen dengan keluarga,kerja dan pelbagai masalah lain yang tak dapat dielakkan.

Tapi hari ni aku gagahkan gak nak berblogging.Dengar citer Nabil sekarang ni dalam proses pemulihan kerjaya dan dirinya.

Sebelum ni yang kita selalu dengar  mengenai gosip mengenai beliau.Manusia tak semuanya sempurna.Sedikit sebanyak tak lari daripada melakukan kesilapan.

Biasanya kita dengar Nabil Raja Lawak hanya beraksi di pentas saja.Tapi berlainan pula cerita Nabil Raja Lawak mengimamkan jemaah di surau.

Alhamdulillah Nabil dah berubah.Untuk cerita selanjutnya boleh layari DISINI

Khamis, 26 Mei 2011

Lelaki Atau Perempuan Yang Pandai Masak




Salam rakan blogger sekelian


Cakap pasal masak jer kita mesti fikir kerja ni memang sesuai untuk orang perempuan.Korang pernah dengar daripada cerita mulut orang tua samada atuk atau nenek kita.


Dorang biasa cakap lebih kurang ''Minah kau belajar tingi-tinggi pun tak guna.Nanti ke dapur jugak kau ni''.Maknanya di sini orang perempuan walaupun mempunyai pelajaran yang tinggi akan pergi ke tempat asal mereka iaitu di dapur.


Tapi zaman dah berubah dan dunia dah maju.Kita lihat chef-chef yang terkenal tanah air kita seperti Chef Wan,Chef Ismail,Jaafar Onn & banyak lagi nama yang taka dapat disebut disini sekarang dah menjadi kaya raya hanya dalam bidang masakan.

Selasa, 24 Mei 2011

Segmen Blog Review Oleh Jamaluddin.net


Terima kasih kepada tuan blog Jamal yang telah menyediakan segmen review kepada rakan-rakan blogger yang baru berkecimpung dalam dunia blogging.

Ni merupakan segmen yang pertama-tamanya aku join selama aku berblogging.Blog aku ni wujud sekitar bulan Julai 2010.

Blog memang lama aktif tapi aku kurang fokus terhadap bidang blogging ni secara serius.Aku mula serius bulan lepas.

Aku terjumpa blog Jamal ni pun dalam bulan ni.Macam mana aku jumpa pun aku dah tak ingat.Tapi memang blog bertrafik tinggi daripada blog aku..huhuhuhu

Dijangka blog ni akan menjadi blog otai dalam masa terdekat jer lagi.Ini bukan main-main ha.Ini betol-betol punya... :)

Apa-apa pun blog abang Jamal terbaik & aku selalu mengikuti perkembangan terbaru di blog beliau.

Vote to blog Jamaluddin.net

Sekian terima kasih

MASYA ALLAH Apa Dah Jadi Ni



Assalamualikum rakan-rakan blogger yang dikasihi sekelian.


Semasa aku sedang proses blogwalking.Aku terbaca blog footballcrazie yang share mengenai blog menghina agama ISLAM & Nabi Muhammad s.a.w.


Aku baca pun macam dah naik suhu badan 200 darjah celcius.Panas...Panas...Panas..


Apa dah jadi ni.Agama islam asyik diperkotak katikkan.Dimedia TV baru-baru ni pasal agama kristian.Nak jadikan kristian sebagai agama rasmi negara.


Lain pulak cerita di blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ni.Korang bacalah sendiri.
Korang nak salahkan sape.Korang punyer pendapat masing-masing.
Orang Melayu dah makin parah.Berpecah belah dalam politik.
Dalam agama pulak ada fahaman & pengikut masing-masing.
Masalah sosial lagi.


Apa-apa pun korang bacalah selanjutnya di blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

Ahad, 22 Mei 2011

Silat vs Taekwando



Jangan Lupa Asal Usul Kita

kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Teuku Iskandar 1970) memberikan makna silat ialah sejenis permainan dengan menggunakan ketangkasan dan mempertahankan diri, maksudnya ialah sejenis permainan atau sukan tradisi yang mempertarungkan dua orang pesilat yang mahir dalam ilmu bela diri samada menggunakan senjata atau tanpa senjata.





Ada segelintir masyarakat Melayu yang memandang hina kepada seni mempertahankan ni.Tak yah la kita tuju kepada sesiapa.Lihat orang terdekat dengan kita.Ada yang menghina & memandang rendah !


Perkataan yang korang selalu dengar

''Buat apa nak susah-susah belajar silat.Orang sekarang dah moden.Guna pistol jer!

''Silat sekarang tak boleh percaya.Guna ilmu salah''

''Belajarlah Taekwando.Tak ada ilmu salah macam silat''

Sakit hati jer dorang cakap macam tu.Dorang lupa asal usul nenek moyang dahulu kala.Dorang terpengaruh dengan budaya yang dibawa oleh barat.

Korang lupa sebenarnya :(

Kerajaan Melaka seperti Hang Tuah mempertahankan Melaka menggunakan silat.

''Takkan Melayu Hilang Di Dunia''

Tok Janggut,Datuk Bahaman,Mat Kilau,Datuk Bahaman,Penghulu Dol Said menggunakan silat untuk apa.

Mempertahankan maruah bangsa,agama & kedaulatan raja-raja melayu daripada terus di pijak-pijak oleh orang asing.

Silat berasal sejak zaman kerajaan srivijaya lagi.Kerajaan melaka pun masa tu tak ada lagi silat.Tu sebab masa kita belajar sejarah,kerjaan srivijaya merupakan kerajaan yang kuat pada zaman tu.


Selepas tu lah baru kerajaan melaka & peduduk melaka mula belajar silat.Seperti yang korang tahu majoriti masyarakat kerajaan SRIVIJAYA beragama hindu dan merupakan kerajaan yang kuat di Asia Tenggara.

Masa ni lah Sami Buddha daripada cina & Sami hindu daripada India pergi ke srivijaya membantu untuk menyebarkan ajaran hindu.Masa dorang dekat sana silat ni menarik perhatian mereka.

Kita pendekkan lagi cerita ni.

Dorang belajar -> Bawa balik negara masaing-masing -> Dorang pecahkan silat kepada cabang-cabang mereka sendiri -> Wujudnya kungfu di cina -> Wujudnya silambam di India -> Maka wujudnya banyak cabang seni mempertahankan diri di seluruh dunia.


Bermula daripada satu  = S-I-L-A-T

Korang fikir-fikirkan sendiri yer :)


Jumaat, 20 Mei 2011

Melayu Mudah Lupa Bila Sudah Kaya




Salam penghulu segala hari,




Apa khabar rakan-rakan sekelian.Semoga sihat-sihat disamping keluarga & orang yang tersayang.


2 hari lepas aku cerita pasal bahasa melayu.Hari ni aku nak kongsi sedikit cerita mengenai perangai orang melayu.Bak kata Tun Dr Mahathir Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.


Kalau Hang Tuah ''Takkan Melayu Hilang Di Dunia''


Berbalik kepada cerita pokok.Kebanyakkan yang korang selalu lihat adalah sindrom Melayu Mudah Lupa.


Kita tak payah pegi jauh la.Setakat orang yang terdekat atau jiran yang bila sudah kaya lupa asal usul dorang.


Aku tak nafikan ada segelintir sahaja yang bersifat macam tu.


''Yang aku nak cerita sebenarnya bila dah senang tapi tak nak bantu orang lain''


Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.Ilmu yang bermanfaat kalau kita dapat share dengan orang lain adakah indahnya.


''Biarlah aku namakan orang ni x.X ni ada buka sebuah perniagaan menjual cucur udang.Cucur udang x ni memang tak dapat dinafikan lagi kesedapannya.Yang jadi sedap sebab kuahnya la kan.


Aku try cuba sebab member-member yang rekomenkan.Perghhh memang sedap la.Bak kata orang tak kenal maka tak cinta.Tak sedap macam mana orang boleh datang lagi kan.huhuhu


Pada satu hari aku rakan sekerja aku meluahkan perasaan yang tidak puas hati terhadap x.Mana taknya member aku ni nak minta tunjuk ajar atau lebih senang berguru dengan x macam mana caranya nak sediakan resepi cucur yang sedap macam dia.


Nak jadikan cerita x tak mahu ajar.X bagi macam-macam alasan.Sampai sekarang member aku tak dapat bodek resepi x.


Member aku adalah seorang yang berusia 52 Tahun.Lebih kurang sebaya dengan umur bapa-bapa kita.Alasannya bila pencen nak buat bisnes sendiri nak jana income tambahan.


Ilmu itu bukannya milik kita.

Ilmu itu datangnya daripada Allah s.w.t

Fikir-fikirkanlah :)









Rabu, 18 Mei 2011

Melayu Diangkat Di Rusia

Seperti yang korang sedia maklum bahasa menunjukkan bangsa.Tak ada bahasa korang nak berinteraksi dengan apa.Takkan nak guna isyarat tangan lak.Tu bagi mereka yang memang tak boleh bercakap la kan.

Alhamdulillah kita dikurniakan sempurna kejadian!

Hari ni godek punya godek dalam youtube aku terjumpa video yang aku rasa menarik untuk dikongsikan kepada korang semua.Video mengenai bahasa melayu yang dimartabatkan oleh orang luar.


JOM LAYAN VIDEO NI



Melalui pertuturan,nyanyian & sebagainya.Untuk lebih terperinci korang boleh search melaui youtube ye :)

Mungkin korang terfikir bahasa melayu bukannya bahasa international.Tapi macam mana boleh menarik minat bangsa asing untuk mempelajarinya.Terfikir gak aku..huhuhu

Tak dapat dinafikan antara bahasa yang paling mudah untuk dipelajari antara 3 bangsa di Malaysia ni ialah bahasa melayu.

Korang nak tahu dengan lebih lanjut Asal Usul Bahasa Melayu... KLIK DISINI

Isnin, 16 Mei 2011

Aku Lupa Atau Scam Maybank2u




Seperti biasa kalau aku nak beli sesuatu barang atau produk melalui online Maybank2u adalah pilihan nombor satu aku.Walaupun aku ada akaun perbankan online yang lain seperti CIMB Clicks,Bank Islam & Paypal.


Seingat aku,mula daftar pada tahun 2009.Sudah 2 tahun lebih aku menggunakan perkhidmatan perbankan ni.Tapi yang menjadi masalah baru-baru ni ialah akaun Maybank2u aku tak boleh nak login.


Aku try berkali-kali masih tak boleh nak login.Bila masukkan username tertera perkataan seperti di bawah ni.


''Please make sure that your username is correct as per shown below. To proceed, please enter your password and click "Login"


Bila Username dah betul password pulak yang salah :


Password is not a valid password. Password must be a mixture of alphabets and number


Dah 2 tahun lebih guna perkhidmatan ni,tapi baru pertama kali jadi masalah pada aku.Biasalah sekarang ni kita sedia maklum kes-kes penipuan di internet melalui ONLINE TRANSFER.


Aku pun risau kalau pengguna lain yang tahu username & password aku kan.So aku terus  hubungi Maybank2u customer service di talian 1-300-88-6688.


Pegawai khidmat pelanggan dan beritahu masalah yang aku hadapi ni.Terus dia minta kebenaran daripada aku untuk reset akaun Mayabnk2u.


Langkah-langkah berjaga telah dilakukan.Dia cakap lepas reset tak boleh lagi nak guna username & password yang lama.Keesokan harinya aku pun terus pergi ke Maybank dan buat pendaftaran baru.


Perkara-perkara yang perlu dilakukan :


Langkah 1


Masukkan kad ATM/debit cart korang.
Pergi ke tab Maybank2u online.
Minta password 6 digit yang baru.


Langkah Ke-2


Login akaun korang.
Klik first time login.
Klik accept untuk terms & conditions.
Masuukan Access no (No kad ATM) & PIN (6 digit).
Akhir sekali klik Activate & ikut langkah seterusnya.


Langkah Ke-3


Isikan borang pendaftaran baru & berikan kad debit
& Kad pengenalan korang.
Lepas tu akaun dah boleh diguna.


Kalau berlaku perkara-perkara seperti di atas,aku harap korang peka & terus rujuk pegawai khidmat pelanggan Maybank2u.


Insya Allah akaun korang selamat.




Selamat mencuba :)



Sabtu, 14 Mei 2011

Gempak Tips Harga Murah - Handphone Sony Ericsson Xperia8


Assalamualaikum & selamat sejahtera rakan blogger sekelian


Seminggu yang lepas aku telah grab satu biji handphone Sony Ericsson Xperia8 area kangar ni.Satu pekan kangar ni aku ronda la nak cari handphone idaman aku.huhuhu

Malas nak ronda pekan arau atau padang besar.Mak oi jauh tu.Aku ni jenis malas nak jalan-jalan.Ronda punya ronda, terus pergi survey harga la kan.

Semua kedai harga lebih kurang sama la kan.Faham-faham la kedai sape kan.
Aku nak tukar handphone ni sebabnya saje beralih angin tukar handphone baru.Handphone sebelum ni semuanya jenis NOKIA.

Sebelum ni aku dah survey harga dekat area selangor,rumah isteri aku.Tapi atas nasihat isteri aku survey lah harga di PERLIS.Harga memang jauh lebih rendah daripada selangor.Mungkin harga sewa kedai sana mahalkan.hohoho

Zaman sekarang main  touch-touch jer kan.Teringin gak nak guna..huhuhu
Biasa korang beli handphone cari kedai yang bagi harga rendah kan.Tapi hari ni aku nak kongsikan sedikit tips untuk korang beli ape-ape jenis handphone la k.

Ceh wah macam penasihat hal ehwal pengguna lak aku ni :D

# Pertama : Sekali korang beli lah tempat yang korang pernah dapat harga murah  sebelum ni.

# Kedua : Korang perlu nampakkan diri kadang-kadang di kedai tadi,walaupun hanya untuk topup kredit handphone korang.

# Ketiga : Jadilah pelanggan yang mesra & pandai begurau dengan tuan punya kedai.Jangan tunjuk ego atau macho korang.hehehehe

# Keempat : Kalau tauke kedai dah kenal korang & lepas tu dia tanya korang  kerja ape,tinggal mana & ape-ape lagi la.Korang layan jer :)

# Kelima : Setiap kali korang datang kedai tu,bagilah pujian sikit dekat dia.Ikut kreativiti korang la k.Aku tak ajar korang bodek yer.hehehe

Hasilnya aku telah beli 2 biji handpone dengan harga paling murah berbanding kedai lain.

Kawan-kawan aku pun terkejut,sebab dorang pun pergi survey harga tapi tak dapat macam harga yang aku dapat.

Insya Allah,korang boleh cuba tips yang aku pernah guna ni.Tak kira la kedai MELAYU,CINA & INDIA.

Kita kan 1 MALAYSIA.

Budi Bahasa Budaya Kita.


Selamat Mencuba :D

Rabu, 11 Mei 2011

Suka Masak Atau Suka Makan - Nasi Goreng Bujang





Hari ni aku nak kongsikan sedikit resepi yang aku rasa simple & mudah untuk korang praktikkan di dapur masakan rumah korang.Sebelum tu sape yang suka memasak,angkat tangan?

Suka Masak Atau Suka Makan?????


Lu fikir lah sendiri :)

Tak kan asyik nak makan dekat kedai jer.Sesekali pada 
yang bujang-bujang ni boleh la cuba resepi yang aku sediakan ni :)

Upsss dulu aku pun bujang...Tapi sekarang sudah berumahtangga yer

Mudah jer sebenarnya nak sediakan resepi nasi goreng ni

Ikut step by step!!!!

Pertama perlu sediakan bahan-bahan :

Nasi sejuk ikut jumlah berapa orang nak makan

*5-7 biji cili padi

*2-3 ulas bawang merah

*2-3 ulas bawang putih

*Ikan bilis

1 Biji Telur

Garam secukup rasa

Minyak untuk memasak

Cara-Cara Menyediakannya :

Kisar bahan bertanda * / boleh jer korang tumbuk-tumbukan bahan tu
dan tumis hingga garing

Masukkan nasi.Lepas tu masukkan garam
kacau hingga sebati.kalau nak bubuh 
aji sikit pun boleh.

Siap dihidangkan dan hiaskan hidangan
dengan telur mata kerbau.



SELAMAT MENCUBA




Selasa, 10 Mei 2011

Harga Gula Dan Minyak Petrol Ron97 Naik RM0.20 sen Bulan Mei Tahun Ini

Gula naik daripada RM2.10 - RM2.30/Kg

Ron97 naik daripada RM2.70 - RM 2.90/Liter

Apa dah jadi dengan ekonomi Malaysia pada hari ini.Adakah disebabkan oleh kesan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang ataupun kerajaan sudah kehabisan hasil sumber negara.Alasan kerajaan adalah terpaksa menanggung subsidi kedua bahan mentah seperti minyak & gula.

Kenaikan gula berkuatkuasa pada hari ini mengikut keterangan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan,Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata dengan kenaikan itu,kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta.

Peniaga kecil-kecilan akan menerima kesan daripada kenaikan harga gula RM2.30 sekilogram.Mungkin lepas ini kadar diabetes dikalangan rakyat Malaysia akan turun :)

Apa pendapat korang...?


Ahad, 8 Mei 2011

Inspirasi Daripada 20 Blogger Terbaik Di Malaysia


Salam hormat blogger sekelian.

Malam ni aku terjumpa artikel berkaitan dengan 20 blogger terbaik daripada blog Faizal Fredley.Sumber asal adalah daripada blog 2dayblogger.Aku rasa korang mesti kenal dua orang mamat ni.

Walaupun artikel ni ringkas tapi menjadi pencetus semangat kepada bloggeryang newbie seperti aku ni.Visitor bukannya banyak seperti dorang.Sabar aje la.

Tapi kita boleh belajar daripada mereka yang pakar sebelum menjadi pakar.Betul x

Celoteh panjang lak mamat sorang ni.

Korang boleh lihat senarai blogger ni.Jauh panggang daripada api.Aku rasa korang fahamkan.

  1. beautifulnara.com, Alexa Rank = 63
  2. ohbulan.com ,Alexa Rank = 123
  3. blogserius.blogspot.com,Alexa Rank = 153
  4. papagomo.com,Alexa Rank = 171
  5. milosuam.blogspot.com,Alexa Rank = 184
  6. 2Dayblogger.com,Alexa Rank = 211 
  7. Oh! Artis,Alexa Rank = 221
  8. ohtidak.com,Alexa Rank = 240
  9. tukartiub.blogspot.com,Alexa Rank = 243
  10. amanz.my,Alexa Rank = 252
  11. gerakan-anti-pkr.blogspot.com,Alexa Rank = 268
  12. cikepal06.blogspot.com,Alexa Rank = 280
  13. benashaari.com,Alexa Rank = 296
  14. Denaihati,Alexa Rank = 314
  15. parpukari.blogspot.com,Alexa Rank = 319
  16. Pencinta Merah…The Red Lover…The Red Diva,Alexa Rank = 327
  17. Anwar Ibrahim,Alexa Rank = 336
  18. Hidup Biar Sedap ,Alexa Rank = 338
  19. ar-rifke ,Alexa Rank = 351
  20. Faizal Fredley ,Alexa Rank = 362
Selamat beamal :)





Khamis, 5 Mei 2011

‘Orang surau’ dibunuh kejam



BENTONG: Sepasang warga emas mati dibunuh secara kejam apabila suami ditemui berlumuran darah berhampiran tandas rumahnya dengan kesan tikaman di perut dan dada manakala isterinya terlentang di tepi katil dalam keadaan leher dikelar.


Mayat Mohammad Yusof@Abdul Rashid Samah, 71, dan Timah@Fatimah Pachu, 68, ditemui di rumah mereka di Kampung Gementi, di sini, kira-kira jam 1 pagi semalam oleh jiran yang kemudian membuat laporan polis. Terdahulu jiran terbabit terdengar jeritan dan pergelutan di rumah mangsa.


Ketika kejadian, hanya pasangan warga emas itu berada dalam rumah kerana empat anak mereka tinggal berasingan, termasuk di Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisisoner T Narenasegaran, berkata sejurus polis tiba di tempat kejadian, mayat kedua-dua mangsa ditemui berasingan di bilik tidur tingkat atas rumah dua tingkat milik mereka.



Menurutnya, polis percaya pembunuhan pasangan itu bukan bermotifkan samun kerana barangan berharga mangsa tidak dicuri
.






Isnin, 2 Mei 2011

AS dakwa bunuh Osama Laden



WASHINGTON 2 Mei - Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden maut dalam satu pertempuran dengan tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan dan jenazahnya kini dilapor berada dalam simpanan AS, umum Presiden Barack Obama hari ini.Obama dalam satu pengumuman rasmi berhubung perkara itu di White House hari ini berkata, Osama terbunuh dalam satu operasi diketuai AS di Islamabad. - Reuters.


Jika benar seperti yang didakwa oleh pihak AS kita sebagai orang Islam wajib mendoakan kematian saudara sesama Islam kita.Kalau ini merupakan propaganda daripada barat itu,adalah semata-semata ingin memburukkan imej Islam di mata dunia.Wallahu a'lam.Benar atau tidak perjuangan yang dilakukan oleh beliau hanya Allah yang lebih mengetahuinya.


Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sabtu, 16 April 2011

Hentian Puduraya dibuka esok





KUALA LUMPUR - Hentian Puduraya yang ditutup sejak 1 Mac tahun lalu untuk kerja naik taraf akan dibuka semula kepada orang ramai mulai esok.
Pengarah Urusan UDA Holdings Berhad, Datuk Jaafar Abu Hassan berkata, hentian yang menjadi lokasi kepada perkhidmatan bas dan teksi itu bakal menampilkan wajah baru dan memberi keselesaan kepada pengguna.
"Hentian Puduraya yang akan beroperasi semula pada 16 April ini bakal memberikan kemudahan dan perkhidmatan yang jauh lebih baik kepada orang ramai berbanding sebelum ini," katanya pada sidang akhbar sempena lawatan media ke Hentian Puduraya di sini semalam.






Khamis, 7 April 2011

Buat Duit dengan Bisnes Printing


Buat Duit dengan Bisnes Printing V1 from haszoor on Vimeo.

Assalamualikum...?

Sudah lama blog ini tak berupdate...Saya sibuk sejak kebelakangan ini dengan hal-hal yang tidak dapat dielakkan...Hari ini saya kongsikan kepada anda bagaimana rakan saya Haszoor Muaidi menjana pendapatan ribuan ringgit dengan Bisnes Printing.

Baiklah,

Bagaimana dengan video di atas...Saya yakin anda dapat input yang berguna untuk memulakan bisnes printing...

Untuk mengelakkan anda daripada terlepas peluang mendapatkan VIDEO yang seterusnya sila daftar Nama & Email anda di halaman ini....KLIK DI SINI

Sabtu, 26 Mac 2011

Apa Itu Tenaga Nuklear





Tenaga nuklear ,kadangkala disebut tenaga atom,ialah sejenis tenaga yang ''mengikat'' nukleus sesebuah atom.Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear seperti pereputan radioaktif serta pembelahan atau perlakuran nuklear.
Selain itu, ia juga merujuk kepada teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga sekunder seperti tenaga elektrik. Tenaga nuklear ini dihasilkan dari reaksi nuklear (iaitu bukan letupan) terkawal.
Loji komersial menggunakan reaksi pembelahan nuklear untuk menghasilkan elektrik. Reaktor utiliti elektrik memanaskan air untuk menghasilkan wap, yang kemudian digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...