Penaja Utama Blog Ini

Jumaat, 20 Mei 2011

Melayu Mudah Lupa Bila Sudah Kaya




Salam penghulu segala hari,




Apa khabar rakan-rakan sekelian.Semoga sihat-sihat disamping keluarga & orang yang tersayang.


2 hari lepas aku cerita pasal bahasa melayu.Hari ni aku nak kongsi sedikit cerita mengenai perangai orang melayu.Bak kata Tun Dr Mahathir Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.


Kalau Hang Tuah ''Takkan Melayu Hilang Di Dunia''


Berbalik kepada cerita pokok.Kebanyakkan yang korang selalu lihat adalah sindrom Melayu Mudah Lupa.


Kita tak payah pegi jauh la.Setakat orang yang terdekat atau jiran yang bila sudah kaya lupa asal usul dorang.


Aku tak nafikan ada segelintir sahaja yang bersifat macam tu.


''Yang aku nak cerita sebenarnya bila dah senang tapi tak nak bantu orang lain''


Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.Ilmu yang bermanfaat kalau kita dapat share dengan orang lain adakah indahnya.


''Biarlah aku namakan orang ni x.X ni ada buka sebuah perniagaan menjual cucur udang.Cucur udang x ni memang tak dapat dinafikan lagi kesedapannya.Yang jadi sedap sebab kuahnya la kan.


Aku try cuba sebab member-member yang rekomenkan.Perghhh memang sedap la.Bak kata orang tak kenal maka tak cinta.Tak sedap macam mana orang boleh datang lagi kan.huhuhu


Pada satu hari aku rakan sekerja aku meluahkan perasaan yang tidak puas hati terhadap x.Mana taknya member aku ni nak minta tunjuk ajar atau lebih senang berguru dengan x macam mana caranya nak sediakan resepi cucur yang sedap macam dia.


Nak jadikan cerita x tak mahu ajar.X bagi macam-macam alasan.Sampai sekarang member aku tak dapat bodek resepi x.


Member aku adalah seorang yang berusia 52 Tahun.Lebih kurang sebaya dengan umur bapa-bapa kita.Alasannya bila pencen nak buat bisnes sendiri nak jana income tambahan.


Ilmu itu bukannya milik kita.

Ilmu itu datangnya daripada Allah s.w.t

Fikir-fikirkanlah :)









6 ulasan:

  1. kedekutnya.tuhan tarik baru tahu =(

    BalasPadam
  2. bab resipi ni mmg kebanyak org berniaga takkan bagitahu org...tapi ape slh kalo share kan..dpt bantu org lain

    BalasPadam
  3. Mungkin itu rahsia perniagaan dia,cuba offerkan dia bayaran utnuk mendapatkan ilmu itu.

    Gambar Perarakan Bantah Lynas 20 Mei 2011

    BalasPadam
  4. Freaky : bagus juga cadangan tu

    BalasPadam
  5. kedekutnya..apa salahnya kalau ajar...kongsi ilmu..dapat gak manfaat..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...