Penaja Utama Blog Ini

Sabtu, 14 Mei 2011

Gempak Tips Harga Murah - Handphone Sony Ericsson Xperia8


Assalamualaikum & selamat sejahtera rakan blogger sekelian


Seminggu yang lepas aku telah grab satu biji handphone Sony Ericsson Xperia8 area kangar ni.Satu pekan kangar ni aku ronda la nak cari handphone idaman aku.huhuhu

Malas nak ronda pekan arau atau padang besar.Mak oi jauh tu.Aku ni jenis malas nak jalan-jalan.Ronda punya ronda, terus pergi survey harga la kan.

Semua kedai harga lebih kurang sama la kan.Faham-faham la kedai sape kan.
Aku nak tukar handphone ni sebabnya saje beralih angin tukar handphone baru.Handphone sebelum ni semuanya jenis NOKIA.

Sebelum ni aku dah survey harga dekat area selangor,rumah isteri aku.Tapi atas nasihat isteri aku survey lah harga di PERLIS.Harga memang jauh lebih rendah daripada selangor.Mungkin harga sewa kedai sana mahalkan.hohoho

Zaman sekarang main  touch-touch jer kan.Teringin gak nak guna..huhuhu
Biasa korang beli handphone cari kedai yang bagi harga rendah kan.Tapi hari ni aku nak kongsikan sedikit tips untuk korang beli ape-ape jenis handphone la k.

Ceh wah macam penasihat hal ehwal pengguna lak aku ni :D

# Pertama : Sekali korang beli lah tempat yang korang pernah dapat harga murah  sebelum ni.

# Kedua : Korang perlu nampakkan diri kadang-kadang di kedai tadi,walaupun hanya untuk topup kredit handphone korang.

# Ketiga : Jadilah pelanggan yang mesra & pandai begurau dengan tuan punya kedai.Jangan tunjuk ego atau macho korang.hehehehe

# Keempat : Kalau tauke kedai dah kenal korang & lepas tu dia tanya korang  kerja ape,tinggal mana & ape-ape lagi la.Korang layan jer :)

# Kelima : Setiap kali korang datang kedai tu,bagilah pujian sikit dekat dia.Ikut kreativiti korang la k.Aku tak ajar korang bodek yer.hehehe

Hasilnya aku telah beli 2 biji handpone dengan harga paling murah berbanding kedai lain.

Kawan-kawan aku pun terkejut,sebab dorang pun pergi survey harga tapi tak dapat macam harga yang aku dapat.

Insya Allah,korang boleh cuba tips yang aku pernah guna ni.Tak kira la kedai MELAYU,CINA & INDIA.

Kita kan 1 MALAYSIA.

Budi Bahasa Budaya Kita.


Selamat Mencuba :D

5 ulasan:

  1. best ke x8 ni...android kan?

    BalasPadam
  2. Setakat aku guna best la.Guna sekadar biasa-biasa jer.hehehe

    BalasPadam
  3. Bro dah mampu untuk memilikinya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa nama kedai tu...tolong beri clue sikit...tengah cari yang murah juga ni...coz yang guna sekarang rosak..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...