Penaja Utama Blog Ini

Sabtu, 19 Mac 2011

INDONESIA & MALAYSIA Berebutkan P.Ramlee



P. Ramlee atau nama sebenarnya ialah Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh @ Ramli Puteh, lahir pada pagi Hari Raya Aidilfitri, iaitu 22 Mac 1929 di rumah neneknya yang beralamat, 40A Counter Hall, Penang, Malaya. Beliau adalah merupakan seorang pelakon filem yang terunggul serta mendapat perhatian yang luas di negara Malaysia.



ameq wrote:
P. Ramlee itu asalnya dari aceh - indonesia...
Baca donk sejarahnya...
memang lah die beranak kt indog, tp die rakyat malaysia....buat filem utk malaysia, cakap bahasa malaysia, dikebumi di malaysia...bukan indog kok....


Beliau adalah merupakan seorang penghibur yang cemerlang dan mempunyai bakat yang serba boleh sebagai seorang pelawak, dramatis, pengubah, penyanyi, pemain alat muzik, pelakon, pengarah filem dan sebagai guru dalam bidang seni. Beliau mula dikenali ramai pada tahun 1950-an dan telah berjaya mempersonakan bukan sahaja pemuda–pemudi Melayu bahkan bukan Melayu.


Sebagai seorang penyanyi, penulis lirik, komposer dan juga pemuzik, beliau telah menghasilkan sebanyak 390 buah lagu. Manakala sebagai seorang pelakon, penulis skrip dan pengarah filem, beliau telah menghasilkan 66 buah filem. Beliau juga telah menghasilkan 4 buah seni pementasan, iaitu 'Jiwa Putera Melayu' (1956) (sebagai pengarah pementasan), 'Sultan Mahmood Mangkat Di Julang' (1959) (sebagai penulis skrip dan pengarah), 'Damaq' (1962) (sebagai pengarah) dan 'Sam Pek Ang Tai' (1972) (sebagai pelakon dan pengarah). Beliau turut menerbitkan dua buah drama radio iaitu ‘Jiwa Putera Melayu’ (1955) (sebagai penerbit) dan ‘Kachep Mas’ (1961) (sebagai penulis skrip dan juga pengarah). Manakala dalam drama televisyen pula, beliau telah menerbitkan drama berjudul ‘Intan’ (1971) dan ‘Rantau Selamat’ (1972) (sebagai pelakon, penulis lagu dan juga penyanyi). (http://www.penangmalays.my)



1 ulasan:

  1. P Ramlee dilahirkan di P Pinang. Bapa P Ramlee berasal dari Aceh.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...