Penaja Utama Blog Ini

Jumaat, 25 Mac 2011

MAFIA Jepun Bantu Mangsa Gempa & Tsunami


Korang selalu dengar & faham bila berlaku sesuatu bencana mesti badan-badan  kerajaan seperti NGO,pihak kebajikan & orang peseorangan yang menghulurkan bantuan.


Berbeza pula di negara Matahari Terbit (JEPUN).Kumpulan Mafia tidak lari daripada menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi & tsunami baru-baru ini.


#Sehari selepas gempa bumi, Inagawa-kai (kumpulan penjenayah terancang ketiga terbesar di Jepun yang diasaskan pada 1948) menghantar 25 trak empat tan dipenuhi lampin pakai buang, mee segera ramen, bateri, lampu picit, minuman dan keperluan harian ke kawasan Tohoku.


#Seorang anggota Sumiyoshi-kai, kumpulan penjenayah kedua terbesar pula menawarkan perlindungan kepada warga asing


#Yamaguchi-gumi, kumpulan jenayah terbesar Jepun di bawah kepimpinan Tadashi Irie, juga membuka pejabatnya di seluruh negara kepada orang awam dan menghantar trak dipenuhi bekalan, namun secara senyap-senyap.


Mereka mengakui bekalan itu dibayar dengan wang hasil memeras penduduk di kawasan itu namun tiada siapa mampu nafikan mereka pantas apabila penduduk memerlukan bantuan.


Nampak macam pelik jer.Realitinya adalah benar!





3 ulasan:

  1. kerja mulia tapi datang dari hasil yang xbetul... semoga hidayah datang kt mereka semua...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...