Penaja Utama Blog Ini

Sabtu, 12 Mac 2011

Tunai Haji Ghaib

Nampaknya di akhir zaman ni macam-macam perkara pelik bin ajaib yang berlaku.Perkara yang tidak ada,cuba di ada-adakan.Perkara yang sedia ada tidak mahu dilaksanakan.


Baru-baru ni aku dengar ceramah daripada seorang ustaz yang mengatakan,setiap ajaran sesat yang diwujudkan mesti ada pengikutnya.Korang mesti tahu kebanyakan pengikut merupakan orang yang bijak pandai.


Pandai ilmu duniawi tapi tidak ukhrawi.Kita perlu seimbangkan antara ilmu dunia mahupun akhirat.Cuba lihat gambar di bawah ni.





''Tidak perlu berbelanja besar dan bersusah payah ke Makkah, sebaliknya hanya menjalani upacara ghaib dikenali sebagai ‘khatam batu’, pengikut sebuah ajaran sesat menganggap mereka sudah menunaikan Rukun Islam kelima serta menggunakan gelaran haji atau hajah.''


''Ajaran sesat itu yang berkembang terutama di Kampung Menderang di Sungkai mempunyai kira-kira 100 pengikut terdiri di kalangan penduduk kampung.''


Korang mesti tahu yang Facebook ni laman sosial paling popular didunia.Pengamal ajaran sesat pun dah pandai dok guna Facebook.Bahaya perkara semacam ini dibiarkan berterusan jika tidak ada pemantauan dilakukan.


Amalkanlah perkara yang sedia ada iaitu ilmu,walaupun sedikit tetapi bermanfaat untuk diri kita.


Rujukan Lengkap : e-Fatwa & Facebook






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...