Penaja Utama Blog Ini

Ahad, 12 September 2010

Pengiklanan Internet: Efektif Tapi Mengancam

Pertumbuhan mendadak teknologi Internet telah mencetuskan satu revolusi dalam industri pengiklanan.Ramai peniaga telah beralih kepada kaedah pengiklanan menerusi Internet untuk mengiklankan perniagaan mereka kerana keupayaannya menyebarkan maklumat serta mampu menarik perhatian ramai orang di serata dunia.Sehingga Mac 2007 sahaja, jumlah pengguna Internet seluruh dunia telah mencecah sehingga 1.1 bilion orang, yang terdiri daripada golongan kanak-kanak sehinggalah golongan warga emas.Terdapat pelbagai teknik pengiklanan menerusi Internet yang digunakan seperti tetingkap muncul (pop-up window), kata kunci di enjin pencarian, pengiklanan menerusi banner, pengiklanan media pelbagai (Rich Media), kajian dan penawaran dan lain-lain lagi.Lebih menarik lagi pengiklanan Internet ini tidak memerlukan kos yang tinggi malah boleh dibuat tanpa bayaran sekiranya individu tersebut mempunyai kepakaran dalam bidang pembangunan laman web.Tambahan pula pengiklanan di Internet tidak mempunyai badan penapisan dan individu boleh mengiklankan apa saja maklumat yang mereka inginkan.Namun terdapat sebilangan pihak telah menyalahgunakan kemudahan teknologi yang sedia ada.Disebabkan pengiklanan Internet tidak mempunyai sekatan dan penapisan, golongan yang tidak bertanggungjawab ini telah mengambil kesempatan mengiklankan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak bermoral dan tidak berkualiti...Untuk keterangan selanjutnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...