Penaja Utama Blog Ini

Isnin, 3 Januari 2011

Azam Tahun Baru 2011

Alhamdulillah,syukur ke atas ilahi dengan limpah kurnianya blog ini berjaya diwujudkan untuk perkongsian maklumat semasa…Umur saya ketika artikel pertama ini diwujudkan ialah 26 tahun…sudah tua rasanya saya ni… hehehe…

Menjelangnya tahun baru ini pasti ramai di antara kita yang berusaha untuk melakukan perubahan pada diri sendiri mahupun kerjaya…Saya pun mempunyai azam yang seperti anda,iaitu ingin memperbaiki kesilapan pada tahun 2010 yang lalu…(Mudah saja mengatakannya daripada melaksanakannya)..


Pada pandangan peribadi saya tahun 2011 adalah sama saja dengan tahun-tahun lain…tahun saja yang berubah tetapi adakah kita berubah mengikut peredaran tahun itu…jawapannya ada pada diri anda sendiri & bukannya sekadar angan-angan  kosong sahaja.

Untuk memastikan azam ini tercapai kita hendaklah melakukan perancangan & kaji selidik yang rapi bagi mencapai kejayaan pada tahun ini…saya akui banyak kesilapan yang telah dilakukan pada tahun 2010 yang lalu kerana tiada perancangan ditetapkan & tiada ilmu…

Oleh itu,perkara pokok adalah dengan memiliki ilmu…tidak kiralah ilmu berkaitan        perniagaan,ekonomi,politik,sosial,agama & sebagainya…perumpamaan yang selalu kita dengar ialah (menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri cina)…begitu jauhnya kita disuruh untuk mendalami sesuatu bidang ilmu itu…


Apa pun azam & kemahuan anda pada tahun ini atau tahun-tahun yang berikutnya adalah bertitik tolak dengan keinginan untuk menukar anda menjadi orang yang luar biasa…maksud saya disini ialah menjadikan diri anda sebagai mentor yang sebenarnya bagi merealisasikan matlamat pada tahun ini…

semoga berjaya mencapai matlamat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...