Penaja Utama Blog Ini

Khamis, 25 Ogos 2011

Kamera digital boleh ubah lensa terkecil


KAMERA terbaru Sony model NEX-C3 merupakan kamera digital boleh ubah lensa paling kecil dan ringan di dunia yang berada dalam kelasnya tersendiri.
Ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna, kamera NEX-C3 tampil dengan rekaan bentuk badan yang lebih baru dan interaktif.
Ia juga menggabungkan sarung atas kamera dengan logam bersama reka bentuk cengkaman bergaris yang me mudahkan penggunaan.
Dengan mengurangkan saiz litar utama, pengurangan berat kamera itu sehingga 225 gram iaitu hampir enam peratus lebih ringan daripada NEX-3.

Kamera NEX-C3 mampu berfungsi lebih lasak untuk merakam lebih banyak imej yang menakjubkan dan video HD ketika mengecas bateri.
Meningkatkan efisiensi tenaga menggalakkan stamina bateri ke satu jumlah rakaman sebanyak 400 rakaman setiap caj iaitu 20 peratus lebih daripada NEX-5/NEX-3. Ia dijual dari harga RM2,199 hingga RM2,699.

Peluang rebut sejuta kerja kosong




PUTRAJAYA - Sebanyak 1,051,427 keperluan tenaga kerja telah disenaraikan oleh lapan kementerian dan agensi berkaitan untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebelum bakinya diisi pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).


Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim berkata, daripada statistik itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah keperluan paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan.
"Statistik itu diperoleh hasil maklum balas semua kementerian dan agensi berkaitan dalam Mesyuarat Taklimat Proses Pemutihan Program 6P yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN semalam (kelmarin)," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Selasa, 23 Ogos 2011

Era Presiden Muammar Gaddafi Berakhir


Foto


TRIPOLI: TRIPOLI: Ketua pemberontak Libya, Mustafa Abdel Jalil semalam mengisytiharkan berakhirnya ‘era Gaddafi’ yang memerintah negara itu selama 40 tahun selepas tentera pemberontak menguasai hampir keseluruhan bandar raya ini.


‘Era Gaddafi sudah berakhir,” katanya pada sidang akhbar di Benghazi, timur Libya, merujuk kepada pemimpin veteran Libya, Muammad Gaddafi.

Mustafa berkata, beliau berharap, Gaddafi yang menghadapi waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa akan ditangkap supaya beliau boleh dibicarakan secara adil.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Kesan DNA babi


TAK HALAL...sosej pulut dan kepingan ayam yang diimport dari Thailand.

KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.


Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.



“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...