Penaja Utama Blog Ini

Sabtu, 11 Jun 2011

Majlis Perkahwinan Utara-Selatan



Bertemu kembali dalam entri kali ini.Aku dah jarang-jarang update blog ni kerana perkara-perkara yang tak dapat dielakkan.Apa yang aku nak kongsikan hari ni ialah mengenai serba sedikit tentang perbezaan majlis perkahwinan di bahagian Utara-Selatan tanah air.


Almaklumlah sekarang ni tengah cuti sekolah.Memang banyak aku dapat jemputan perkahwinan.Ada lah dalam 6 jemputan.Larat tak larat jer nak pergi.Jom layan cerita aku ni.


Tempat asal aku adalah daripada Melaka.Sekarang aku bekerja di Perlis.Dulu Perlis dikenali sebagai jolokkan Perlis Indra Kayangan.Sekarang dah tukar kepada Perlis Darul Sunnah.


Sepanjang aku menetap di sini apa yang aku nampak dan perhatikan majlis perkahwinan di kawasan utara ni mudah & simple.Dari segi penyediaan lauk-pauknya dan penyediaan khemah untuk tetamu.


Kalau di Melaka lauk-pauknya mesti tak kurang daripada 5 jenis masakan.Berbanding di Perlis hanya 3-4 jenis lauk.Biasanya hanya 3 jenis saje.


Dari segi khemah dan penyediaan meja untuk duduk tetamu hanya menggunakan meja seperti yang korang biasa tengok dekat kedai-kedai makan.Sebelah Melaka biasanya guna meja panjang dan ada alas meja.


Kalau sebelah selatan mesti ada kompang kan.Kalau belah utara ni biasanya dorang tak guna kompang.Tapi main gendang silat & silat bunga pengantin jer.


Masa majlis perkahwinan ni korang jangan salah faham lak kalau tetamu lelaki kebanyakkannya memakai ketayap atau songkok.Aku kadang-kadang nyaris-nyaris gak tersilap.Aku ingat ada orang meninggal,tapi rupanya majlis perkahwinan da.hehehehe


Banyak lagi perbezaan dari segi adat yang tak dapat aku beritahu semua.


Apa-pun perbezaannya, majlis perkahwinan adalah majlis untuk menyatukan 2 hati menjadi satu.


Sape lum kawin dah dapat la gambaran serba sedikit majlis perkahwinan sebelah Utara-Selatan :D

Ahad, 5 Jun 2011

Imam muda Nabil


Assalamualikum rakan blogger sekelian

Sudah lama blog ni tak berudate.Faham-faham je lah nak berblog ni perlu komitmen yang tinggi.

Kadang-kadang dengan komitmen dengan keluarga,kerja dan pelbagai masalah lain yang tak dapat dielakkan.

Tapi hari ni aku gagahkan gak nak berblogging.Dengar citer Nabil sekarang ni dalam proses pemulihan kerjaya dan dirinya.

Sebelum ni yang kita selalu dengar  mengenai gosip mengenai beliau.Manusia tak semuanya sempurna.Sedikit sebanyak tak lari daripada melakukan kesilapan.

Biasanya kita dengar Nabil Raja Lawak hanya beraksi di pentas saja.Tapi berlainan pula cerita Nabil Raja Lawak mengimamkan jemaah di surau.

Alhamdulillah Nabil dah berubah.Untuk cerita selanjutnya boleh layari DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...