Penaja Utama Blog Ini

Sabtu, 26 Mac 2011

Apa Itu Tenaga Nuklear





Tenaga nuklear ,kadangkala disebut tenaga atom,ialah sejenis tenaga yang ''mengikat'' nukleus sesebuah atom.Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear seperti pereputan radioaktif serta pembelahan atau perlakuran nuklear.
Selain itu, ia juga merujuk kepada teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga sekunder seperti tenaga elektrik. Tenaga nuklear ini dihasilkan dari reaksi nuklear (iaitu bukan letupan) terkawal.
Loji komersial menggunakan reaksi pembelahan nuklear untuk menghasilkan elektrik. Reaktor utiliti elektrik memanaskan air untuk menghasilkan wap, yang kemudian digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.



Jumaat, 25 Mac 2011

MAFIA Jepun Bantu Mangsa Gempa & Tsunami


Korang selalu dengar & faham bila berlaku sesuatu bencana mesti badan-badan  kerajaan seperti NGO,pihak kebajikan & orang peseorangan yang menghulurkan bantuan.


Berbeza pula di negara Matahari Terbit (JEPUN).Kumpulan Mafia tidak lari daripada menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi & tsunami baru-baru ini.


#Sehari selepas gempa bumi, Inagawa-kai (kumpulan penjenayah terancang ketiga terbesar di Jepun yang diasaskan pada 1948) menghantar 25 trak empat tan dipenuhi lampin pakai buang, mee segera ramen, bateri, lampu picit, minuman dan keperluan harian ke kawasan Tohoku.


#Seorang anggota Sumiyoshi-kai, kumpulan penjenayah kedua terbesar pula menawarkan perlindungan kepada warga asing


#Yamaguchi-gumi, kumpulan jenayah terbesar Jepun di bawah kepimpinan Tadashi Irie, juga membuka pejabatnya di seluruh negara kepada orang awam dan menghantar trak dipenuhi bekalan, namun secara senyap-senyap.


Mereka mengakui bekalan itu dibayar dengan wang hasil memeras penduduk di kawasan itu namun tiada siapa mampu nafikan mereka pantas apabila penduduk memerlukan bantuan.


Nampak macam pelik jer.Realitinya adalah benar!





Ahad, 20 Mac 2011

Lega Nafsu Dengan Tangan



SAYA sudah berumahtangga selama 15 tahun dan selama itu juga saya melakukan onani kerana isteri tidak pandai melegakan nafsu saya dengan tangannya semasa isteri sedang berhalangan atau tidak bernafsu untuk melakukan hubungan dengan saya.


Isteri tidak keberatan jika saya melakukan onani sambil dia mengghairahkan saya. Saya tahu agama melarang menggunakan tangan sendiri tetapi bagaimana pula jika isteri tidak pandai merangsang dengan tangannya? 

HAMPA, Johor Bahru 


Sabtu, 19 Mac 2011

INDONESIA & MALAYSIA Berebutkan P.Ramlee



P. Ramlee atau nama sebenarnya ialah Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh @ Ramli Puteh, lahir pada pagi Hari Raya Aidilfitri, iaitu 22 Mac 1929 di rumah neneknya yang beralamat, 40A Counter Hall, Penang, Malaya. Beliau adalah merupakan seorang pelakon filem yang terunggul serta mendapat perhatian yang luas di negara Malaysia.



ameq wrote:
P. Ramlee itu asalnya dari aceh - indonesia...
Baca donk sejarahnya...
memang lah die beranak kt indog, tp die rakyat malaysia....buat filem utk malaysia, cakap bahasa malaysia, dikebumi di malaysia...bukan indog kok....


Beliau adalah merupakan seorang penghibur yang cemerlang dan mempunyai bakat yang serba boleh sebagai seorang pelawak, dramatis, pengubah, penyanyi, pemain alat muzik, pelakon, pengarah filem dan sebagai guru dalam bidang seni. Beliau mula dikenali ramai pada tahun 1950-an dan telah berjaya mempersonakan bukan sahaja pemuda–pemudi Melayu bahkan bukan Melayu.


Sebagai seorang penyanyi, penulis lirik, komposer dan juga pemuzik, beliau telah menghasilkan sebanyak 390 buah lagu. Manakala sebagai seorang pelakon, penulis skrip dan pengarah filem, beliau telah menghasilkan 66 buah filem. Beliau juga telah menghasilkan 4 buah seni pementasan, iaitu 'Jiwa Putera Melayu' (1956) (sebagai pengarah pementasan), 'Sultan Mahmood Mangkat Di Julang' (1959) (sebagai penulis skrip dan pengarah), 'Damaq' (1962) (sebagai pengarah) dan 'Sam Pek Ang Tai' (1972) (sebagai pelakon dan pengarah). Beliau turut menerbitkan dua buah drama radio iaitu ‘Jiwa Putera Melayu’ (1955) (sebagai penerbit) dan ‘Kachep Mas’ (1961) (sebagai penulis skrip dan juga pengarah). Manakala dalam drama televisyen pula, beliau telah menerbitkan drama berjudul ‘Intan’ (1971) dan ‘Rantau Selamat’ (1972) (sebagai pelakon, penulis lagu dan juga penyanyi). (http://www.penangmalays.my)



Rabu, 16 Mac 2011

Chong Wei terima saham RM100,000


Chong Wei pada kejohanan itu mengalahkan musuh ketatnya Lin Dan dari China 21-17, 21-17 dengan mengambil masa 52 minit pada pertandingan perseorangan lelaki Kejohanan All England di Birmingham Indoor Arena, England.

Penghargaan :


# Menerima RM100,000 unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad  
   (PNB) daripada kerajaan Malaysia atas kejayaannya mempertahankan 
   kejuaraannya pada Kejohanan Badminton All England awal pagi Isnin. 

# Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung Persatuan Badminton  
   Malaysia (BAM) turut menyampaikan hadiah peribadinya yang merupakan 
   sebuah jam tangan atas kejayaan Chong Wei itu.




Selasa, 15 Mac 2011

Telekom Malaysia Usaha Baiki Internet


KUALA LUMPUR 14 Mac - Telekom Malaysia Bhd. (TM) akan berusaha sedaya upaya memperbaiki perkhidmatan Internet selepas kedua-dua Rangkaian Kabel Jepun-AS (JUCN) dan Rangkaian Kabel Asia Pasifik 2 (APCN2) terjejas oleh gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter melanda luar pantai Jepun.
APCN2 ialah kabel submarin yang menghubungkan beberapa negara di rantau Asia Pasifik, sementara JUCN menghubungkan Amerika Syarikat dan Jepun.

Ketua eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd. Isa berkata, rangkaian kabel JUCN masih lagi tidak berfungsi sementara TM mampu menggerakkan beberapa trafik di ACPN2 ke laluan pembaikpulihan yang lain, yang akan menyebabkan pencarian yang perlahan ketika tempoh puncak.

"Bagaimanapun, kami akan cuba semampu mungkin untuk mengalih trafik ke laluan lain bagi mengurangkan dan mengembalikan penggunaan," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, pembaikpulihan ACPN2 dilakukan dalam tempoh dua hari sementara rangkaian kabel JUCN masih lagi berhadapan dengan beberapa masalah.

"Ia mengambil masa satu hingga dua hari untuk mengalih trafik kerana kami mempunyai perjanjian untuk pembaikpulihan dan juga laluan pembaikpulihan dengan negara-negara lain," jelas beliau.

Ditanya mengenai kerosakan, beliau berkata, insiden itu tidaklah seteruk berbanding 2006 di mana enam hingga tujuh kabel submarin binasa ekoran kejadian gempa bumi di Taiwan.

Mengenai perjanjian konsesi itu beliau berkata, ia ialah perjanjian pembaharuan semula selepas MKLSB menunjukkan keupayaannya dalam mengendalikan Menara Kuala Lumpur sejak 15 tahun lepas.
MKLSB ialah anak syarikat TM. - BERNAMA




Sabtu, 12 Mac 2011

Tunai Haji Ghaib

Nampaknya di akhir zaman ni macam-macam perkara pelik bin ajaib yang berlaku.Perkara yang tidak ada,cuba di ada-adakan.Perkara yang sedia ada tidak mahu dilaksanakan.


Baru-baru ni aku dengar ceramah daripada seorang ustaz yang mengatakan,setiap ajaran sesat yang diwujudkan mesti ada pengikutnya.Korang mesti tahu kebanyakan pengikut merupakan orang yang bijak pandai.


Pandai ilmu duniawi tapi tidak ukhrawi.Kita perlu seimbangkan antara ilmu dunia mahupun akhirat.Cuba lihat gambar di bawah ni.





''Tidak perlu berbelanja besar dan bersusah payah ke Makkah, sebaliknya hanya menjalani upacara ghaib dikenali sebagai ‘khatam batu’, pengikut sebuah ajaran sesat menganggap mereka sudah menunaikan Rukun Islam kelima serta menggunakan gelaran haji atau hajah.''


''Ajaran sesat itu yang berkembang terutama di Kampung Menderang di Sungkai mempunyai kira-kira 100 pengikut terdiri di kalangan penduduk kampung.''


Korang mesti tahu yang Facebook ni laman sosial paling popular didunia.Pengamal ajaran sesat pun dah pandai dok guna Facebook.Bahaya perkara semacam ini dibiarkan berterusan jika tidak ada pemantauan dilakukan.


Amalkanlah perkara yang sedia ada iaitu ilmu,walaupun sedikit tetapi bermanfaat untuk diri kita.


Rujukan Lengkap : e-Fatwa & Facebook






Selasa, 8 Mac 2011

Panduan Pelajar Lepasan SPM 2010


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Sebenarnya, hari ini saya ingin berkongsikan satu topik, iaitu.. “Destinasi Sebenar Anda Selepas SPM 2010”?


Ramai di antara rakan - rakan pelajar kita yang sebelum ini dah berjaya melanjutkan pelajaran ke dalam bidang yang diminati. Selain dari kelayakan serta keputusan cemerlang yang mereka terima, mereka juga cepat mengambil tahu tentang maklumat permohonan kerjaya.Mereka dahulupun sentiasa tertanya-tanya ke mana ye saya nak pergi selepas SPM ni?


Dan kebanyakan mereka yang berjaya juga sentiasa mengambil tahu peluang dan permohonan kerjaya melalui media massa, buku panduan kerjaya yang TERKINI, surat khabar dan seumpamanya pelajar yang berjaya ialah pelajar yang banyak bertanya tentang status kerjaya dari semasa ke semasa.


DESTINASI ANDA SELEPAS SPM 2010
Kebanyakan pelajar lepasan SPM masih tercari-cari hala tuju masing-masing. Sukar untuk membuat keputusan tepat yang bakal menentukan masa depan sendiri. Di sini apa kata anda baca sedikit mengenai pilihan kerjaya anda selepas SPM.

Rabu, 2 Mac 2011

Mudah.My Laman Jualan Paling Poupular Di Malaysia



Apa khabar rakan-rakan blogger seantero Malaysia?

Hari ni Dunia Blog ingin berkongsi serba sedikit mengenai laman web paling popular & digemari oleh rakyat di Malaysia ni.Rata-rata penduduk Malaysia memang tahu akan kewujudan Mudah.My sebagai pusat jualan online,samada untuk barang-barang yang baru mahupun barang-barang terpakai.

Serba sedikit info yang aku tahu ialah,dahulunya laman ini menggunakan domain mudah.com.my sebelum bertukar kepada mudah.my sehingga kini.Untuk pengetahuan korang laman web jualan ini juga antara yang paling ramai pengunjung di Malaysia,selain laman sosial Facebook,Maybank2u & Utusan Malaysia.

Antara barang-barang yang menjadi carian pilihan tertinggi adalah seperti Handphone,Kereta,Rumah & Hartanah.Selain Mudah.My,laman-laman web jualan yang menyediakan maklumat mengenai produk barangan adalah seperti:


Sila klik link di bawah untuk pergi ke halaman web

1) Majalah.com                      
2) Lelong.com.my                 

Semoga info yang sedikit ini dapat membantu korang yer :)

Kalau nak lebih tahu teknik & strategi nak jual produk,boleh dapatkan panduan lengkap mengenai Mudah.My.Aku cadangkan korang ebook Mudah.My...Klik DiSini




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...