Penaja Utama Blog Ini

Isnin, 28 Februari 2011

11 Pelajar Dakwa Dicabul Guru Disiplin


Cikgu letak tangan atas dada lepas merotan


KUALA LUMPUR: Sebelas pelajar perempuan Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di Ampang di sini, mengadu dicabul guru disiplin ketika merotan mereka bagi kesalahan tidak hadir perhimpunan kerana menyiapkan kerja sekolah, Jumaat lalu.


Dalam kejadian jam 7 pagi, guru lelaki berusia 40-an itu didakwa meletakkan tangannya pada bahagian dada pelajar terbabit kononnya bagi merasai denyutan jantung ketika merotan punggung mereka.


Semua pelajar terbabit sebelum itu dikatakan berada dalam kelas bersama dua lagi pelajar lelaki kerana menyiapkan kerja sekolah sebelum ketidakhadiran mereka ke perhimpunan disedari seorang pengawas.


Pengawas itu kemudian mencatatkan nama semua pelajar berkenaan sebelum membawa mereka berjumpa guru disiplin.


Sumber berkata, apabila berjumpa guru disiplin, semua 13 pelajar termasuk dua pelajar lelaki dirotan di punggung dengan guru berkenaan didakwa memegang dada pelajar perempuan kononnya untuk merasai denyutan jantung mereka.

Sabtu, 26 Februari 2011

Minyak Rambut Pilihan Hatiku



Untuk pengetahuan korang aku guna minyak rambut dari bangku sekolah lagi.Macam-macam minyak rambut yang aku dah guna.Antara minyak rambut yang pernah aku guna & seingat aku la yer.Minyak rambut CODE 10,Follow Me,Zaiton,Tancho,Brylcream & Revive.

Kata orang kalau terlalu banyak jenis kita guna minyak rambut,menyumbang kepada rambut beruban.Aku pun tak pasti fakta ni betul atau tidak.Setakat ni rambut aku masih hitam.hehehe

Buat masa sekarang aku just guna minyak rambut gel REVIVE.Aku tak suka sangat pakai minyak rambut cream.Sebabnya kalau aku berpeluh,rambut cepat kering & jadi macam orang dah tak mandi satu hari.hohoho

Cara-cara penggunaanya : Ratakan gel yang mencukupi pada rambut lembap atau kering.Gunakan jari atau sikat untuk membentuk rambut yang diingini.

Fungsi-fungsinya : Alchohol Free,Oil Free,Water Base,UV Filter &  Long Lasting Moisture.

Akhir sekali ikut kesesuaian korang la,khasnya bagi lelaki nak guna minyak rambut untuk kelihatan tampan & bergaya.Asalkan minyak rambut disahkan HALAL oleh pihak Kementerian Malaysia.

Khamis, 24 Februari 2011

Bayar Sekarang!

Assalamualikum rakan blogger yang dikasihi!


Kalau sepintas lalu korang baca tajuk di atas nampak macam mendesak atau menyuruh membuat sesuatu perkara dengan kadar segera.Apa yang kecoh sangat ni suruh orang bayar.


Apa yang kena bayar?


Kalau korang nak tahu,tengok muka 3 hulubalang dekat bawah ni...hohoho
Muka nampak macam ganas jer.Sebelum dorang naik angin,baik korang buka kuda-kuda dulu.hehehe.Aku yakin korang mesti kenal punyer.Asyik-asyik muka glamour dorang kuar dalam kaca TV 3,TV 9,TV 1 & 2




Tapi korang jangan takut!Aku kan ada :)


Dari sumber yang aku perolehi adalah tepat dengan kenyataan ketiga-tiga hulubalang ni.Kalau korang ada saman,bayarlah daripada sekarang.Kalau tak ada duit sangat-sangat,pinjamlah dulu daripada kengkawan ker.


Ini bukan cobaan..Ini betul-betul punyer citer!


Pembayaran boleh dilakukan sebelum 28 Febuari 2011.Kalau tak,nama korang boleh disenarai hitamkan.


Korang boleh buat pembayaran secara dalam talian,di kaunter agensi jabatan di atas & cawangan pos seluruh negara.


Ingat tu!



Selasa, 22 Februari 2011

Teknik Penulisan Resume Kerja Yang Memikat


Assalamualaikum dan Salam Hormat

Boleh dikatakan semua orang mampu menulis resume dengan hanya melihat contoh-contoh resume yang ada di internet mahupun resume kenalan anda. Tetapi tahukah anda dengan hanya menulis resume sahaja tanpa melihat kepada strategi penghasilan resume yang menarik dan memikat, anda mungkin akan mengalami sedikit masalah. Masalah yang saya maksudkan ini adalah resume yang dihasilkan mungkin mendatar sahaja. Tiada elemen-elemen memikat.

Saya berikan satu contoh seperti “bernyanyi”. Saya percaya ramai di antara anda yang boleh bernyanyi dengan baik dan sedap didengar. Ini bermakna anda bernanyi dengan nod yang betul, ada yang tinggi dan ada yang rendah. Kepelbagaian nod dan intonasi dalam nyanyian mampu buatkan sesebuah lagu itu sedap didengar. Cuba anda nyanyi satu lagu tanpa mengikut liuk-lentok iramanya – dalam erti kata lain mendatar sahaja dan tiada seorang pun rela mendengar. Mungkin anda seorang sahaja yang sudi mendengar. Cuba anda lihat kartun Doraemon – Giant menyanyi penuh semangat tetapi semua orang tutup telinga…hehe 

Ahad, 20 Februari 2011

Sejarah Asal Usul Orang Melayu



Dalam buku Sejarah Melayu disebut bahwa Melayu adalah nama sungai di Sumatera Selatan yang mengalir disekitar bukit Si Guntang dekat Palembang. Si Guntang merupakan tempat pemunculan pertama tiga orang raja yang datang ke alam Melayu. Mereka adalah asal dari keturunan raja-raja Melayu di Palembang (Singapura, Malaka dan Johor), Minangkabau dan Tanjung Pura.

Sejarah Melayu (Malay Annals) merupakan karya tulis yang paling penting dalam bahasa Melayu yang merupakan sumber yang otentik untuk informasi mengenai ke-Melayu-an. Disusun sekitar tahun 1612 tetapi didasarkan catatan-catatan yang lebih tua.

Disebut juga bahwa anggota kerajaan Malaka menyebut diri mereka keturunan Melayu dari daerah Palembang. Seperti keluarga raja-raja di Negeri Sembilan yaitu: Yang Dipertuan Ali Alamsyah yang dianggap keturunan langsung dari Raja Minangkabau terakhir.

Sabtu, 19 Februari 2011

No 10 Untuk Safee Sali - Pemain Bola Sepak Negara




"SEMANGATNYA (Safee Sali) seolah-olah seperti orang mendapat kereta baru."

Itulah kesimpulan pengurus peribadi Safee, Zakaria Rahim ketika ditanya perkembangan bekas penyerang Selangor itu selepas dua hari menjalani latihan bersama kelab barunya, Pelita Jaya FC.

Selepas lima hari berada di Jakarta, Safee tidak menunjukkan tanda-tanda menyesal atau merindui Malaysia, sebaliknya Zakaria berkata, penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010 itu bersemangat tinggi untuk menyahut cabaran baru dalam Liga Super Indonesia (ISL).

“Jurulatih dan rakan sepasukannya juga mengalu-alukan kehadirannya,” kata Zakaria. “Malah, pengurusan kelab memberi penghormatan kepadanya dengan memberi jersi nombor 10, sama seperti ketika mewakili Selangor.”

Zakaria berkata, Safee bersama rakan sepasukannya berlepas ke Puncak, Bogor pagi semalam untuk menjalani kem latihan sebagai persiapan menghadapi pusingan kedua ISL, sehingga esok.

Rabu, 16 Februari 2011

Bermain Dengan Perkataan - Wordle.net

Kalau korang rasa dah bosan menyiapkan entri tiap-tiap minggu.Aku ada jawapan untuk masalah korang.Aku nak ajak korang bermain dengan perkataan atau lebih dikenali dengan nama jolokan word.Ini sebahagian hasil seni yang aku hasilkan sendiri.cewahh




Sebenarnya hasil kerja korang ni boleh juga dijadikan sebagai latarbelakang komputer atau background.Selain tu boleh juga dijadikan sebagai teka silang kata mencari perkataan.

Untuk pengetahuan korang laman web atau projek ini dihasilkan oleh Jonathan Feinberg sebagai hiburan masa lapang.Tetapi dengan Wordle korang tak boleh simpan dalam format JPEGGIF atau PNG.Korang sekadar boleh buat printscreen jer.Adushhhh

Tengok lagi karya agung ni.hehehe



Selain itu,Wordle menawarkan ruangan galeri dan forum untuk korang berkongsi karya dengan individu atau bertukar komen dan pandangan dengan komuniti.

Korang cuba-cuba la yer.hohoho 


Isnin, 14 Februari 2011

Sambutan Hari Kekasih Teruna Dan Dara



Sambutan yang sinonim dan popular di kalangan remaja di seluruh dunia yang hanyut dalam dunia percintaan masing-masing.Korang biasa atau tidak dengan sambutan Hari Kekasih ataupun Valentine Day ni.Wajib atau tidak kita menyambutnya pada tipa-tiap tahun pada tanggal 14 Febuari.

Apa yang aku tahu dalam sudut benak pemikiran ni ialah,Hari Kekasih mempunyai mitos lagenda yang tersendiri yang mana kewujudan awalnya sempena memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.Tak payah la aku nak cerita, sebab nak tulis..hohoho.

Ada orang cakap sambutan ni bertujuan untuk mengerat dan menguatkan hubungan kasih sayang antara satu sama lain oleh Si Teruna Dan Si Dara.Kebiasannya hari ini diperingati dengan memberikan coklat,bunga ros dan hadiah.Dekat mana nak sambut ni!

Pasangan kekasih selalunya meraikan di kafe-kafe,hotel-hotel atau tempat-tempat romantik dengan mengadakan pesta,tarian dan nyanyian.Mengikut majlis fatwa kebangsaan dan nasihat para mufti Hari Kekasih lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

Salah satunya menyumbang pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.Semoga korang jelas mengenai hari kekasih ni yang terang-terang dilarang dalam agama kita sendiri dan dalam sejarah Islam pun tidak ada diceritakan.

Ahad, 13 Februari 2011

Bersantai Di Hujung Minggu

Bertemu kita lagi bersama Dunia Blog pada hari Ahad yang indah ini.Akhirnya korang dapat mengikuti entri terbaru pada tahun 2011 ini dengan lebih jayanya selepas tertangguh sekian lamanya.Apa yang korang suka buat sebenarnya pada hujung minggu ni.

Adakah idea-idea korang seperti ni :
1.Adakah korang suka blogging dari pagi sampai ke petang.
2.Asyik-asyik online Facebook,Twitter,Myspace & seangkatan dengannya.
3.Pergi jalan-jalan dekat air terjun.
4.Mandi manda di pantai-pantai peranginan.
5.Buat bisnes sampingan di internet.
6.Membaca buku ilmiah.
7.Dengar channel-channel radio.
8.Pergi memancing bersama kawan-kawan.

Mana satu pilihan korang yang tentunya membuatkan korang tidak berasa bosan pada hujung minggu yang sebenarnya amat-amat membosankan. :)
Dunia Blog ingin berkongsikan tips kapada korang yer

Pertama : Cuba lakukan perkara yang korang benar-benar suka.
Kedua : Jangan sesekali lakukan perkara yang korang memang tak suka.
Ketiga : Pilih salah satu idea-idea di atas.

Kalau ada idea lain boleh kongsikan bersama yer..zasss

Sabtu, 12 Februari 2011

Kerajaan Mesir Hosni Mubarak Tumbang


Akhirnya kerajaan Hosni Mubarak tumbang di tangan rakyatnya sendiri.Bak kata orang kita tidak semestinya akan sentiasa berada di atas.Ibarat seperti roda yang kadang-kadang berada di atas & ada ketikanya berada di bawah.

Begitulah perumpamaan yang sentiasa aku pegang selama ini.Pengumuman perletakkan jawatan telah diumumkan oleh Naib Presidennya Omar Suleiman melalui satu kenyataan yang disiarkan secara langsung di televisyen.Apa yang dapat disaksikan sendiri oleh rakyat Malaysia kita di sana terutama pelajar-pelajar, Mesir berada dalam keadaan yang amat teruk.

Kebimbangan ini menyebabkan kerajaan mengambil langkah membawa pulang pelajar-pelajar kita kembali ke Malaysia.Setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya yang tidak kita ketahui.Mesir merupakan negara rujukan dalam institusi pendidikan sejak dahulu lagi.Semoga yang berlaku tidak akan menjejaskan institusi yang dibina selama ini.

Iktibar yang perlu kita ambil ialah sesebuah kerajaan yang dibina melalui mandat rakyat akan runtuh jika hak-hak yang dijanjikan tidak ditepati & dinodai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...